BV

Gadis Cantik Ini Berkahwin Dengan Pahlawan Amazon Berusia 51 Tahun

Gadis Cantik Ini Berkahwin Dengan Pahlawan Amazon Berusia 51 Tahun

Seorang pembuat filem dokumentari berasal dari Eropah, Sarah Begum merupakan seorang wanita cantik yang ingin mengkaji sebuah suku kaum di Amazon. Ia ingin melihat dari dekat bagaimana syarikat gergasi minyak di sana secara perlahan memusnahkan Amazon. 

Oleh itu, dia meakukan pelbagai cara supaya boleh membuat filem ekslusife di hutan hujan yang kaya akan mineral tersebut. Wanita yang berasal dari London itu telah menghabiskan dua minggu untuk mendokumentasikan kehidupan suku kuno yang masih hidup di belantara Amazon.
Di salah satu yang didatangi bukan tanpa risiko, pada tahun 1950-an, kira-kira 5 mubaligh maut di sana. Namun Sarah mengaku disambut hangat, apabila datang memasuki suku tersebut.
Gadis berusia 21 tahun itu belajar pelbagai ilmu antaranya menenun, memburu dengan sumpit dan mencari rumput untuk ternakan seperti yang dilakukan wanita-wanita di sana dan pada akhirnya, ia berkahwin dengan salah satu pahlawan yang berusia 51 tahun yang berbeza usia sekitar 30 tahun dengannya bernama Ginkto.
“Saya dipilih oleh orang-orang tua, dan aku tidak tahu apa yang akan terjadi pada saya.
Saya dipanggil ke pondok dan semua orang di dalam keadaan berbogel. Saya diberitahu untuk memakai pakaian tradisional mereka yang merupakan seutas tali yang diperbuat daripada serat tumbuhan dikenakan di pinggang. saya fikir, saya tidak boleh berbogel, ini sedang difilemkan,” katanya.
Dan setelah itu mereka memakaikan mahkota, dan menjadikannya “ratu” di sana, yang ternyata itu adalah ritual untuk sebuah perkahwinan. Kerana profesionalisme, akhirnya Sarah mengikuti semua kegiatan tersebut.
Dia terkejut pada awalnya, tapi mereka menjelaskan bahawa ritual tersebut tidak dijangka untuk mempunyai hubungan intim dengan Ginkto. Sebaliknya, perkahwinan adalah salah satu yang kehormatan untuk membina kepercayaan dengan suku.
Sekarang, Sarah membuat pengalamannya menjadi sebuah filem dokumentari setengah jam, berjudul Amazon Souls, yang dipaparkan di Festival Filem Cannes tahun lepas.

- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Gadis Cantik Ini Berkahwin Dengan Pahlawan Amazon Berusia 51 Tahun "

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info