BV

Wanita ‘Sado’ Ini Ungguli Carta Majalah Pencarian Model Lelaki

Aydian Dowling

Lelaki transgender ini mungkin akan menjuarai pencarian model cover majalah Men’s Health 2015 yang sedang berlangsung sekarang ini. 

Aydian Dowling yang dahulunya wanita sebelum melakukan operasi, kini mendahului carta dengan lebih 20 ribu undian, meninggalkan calon yang berada di tangga kedua yang hanya memperoleh lebih 7 ribu kutipan undian setakat ini.
Sekiranya Aydian, 27 tahun memenangi pencarian model majalah lelaki terkenal ini, dia merupakan golongan transgender pertama berjaya meraih kejayaan seumpamanya.
Menurut sumber, Aydian mula mengungguli carta selepas komuniti transgender dan sekutu lain di laman sosial seperti Tumblr bersatu memberi sokongan padu dengan mengundinya.
Aydian berkata dia sangat terkejut dengan sokongan diterima kerana tidak sangka akan mendapat sokongan daripada komuniti itu.
2
“Saya mengamalkan gaya hidup yang sihat dan fit selalu, selain itu saya juga amalkan cara pemakanan sihat untuk kekalkan kecergasan,” katanya.
1
- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Wanita ‘Sado’ Ini Ungguli Carta Majalah Pencarian Model Lelaki "

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info