BV

Awek Bogel Berjemur Sebabkan Kemalangan

awek Bogel

Tindakan seorang wanita berjemur dalam keadaan bogel di tingkap kediamannya telah mencetuskan keadaan kelam kabut apabila mengganggu tumpuan pemandu sehingga menyebabkan berlaku kemalangan jalan raya.
Pengguna jalan raya tidak dapat memandu dengan tenang apabila terlihat wanita tersebut di bangunan kediaman yang terletak di Vienna, Austria itu.
Gregory Shakaki menyedari aksi selamba itu dan merakamkan gambar seorang wanita berbaring dengan kakinya menjulur ke luar tingkap di aras tiga bangunan itu.
Ternyata Shakaki bukan satu-satunya saksi kejadian itu, sebaliknya ramai lagi pengguna jalan raya yang terkesan dengan perbuatan wanita berkenaan.
“Ketika ramai mendongak untuk melihat wanita itu, saya terdengar ada yang menjerit kepada pemandu yang terlanggar kenderaan lain di hadapannya.
“Pemandu itu kemudiannya meminta maaf dan mengakui fokusnya terganggu berikutan tindakan wanita itu dan menunjuk ke arah tingkap di mana wanita itu sedang berbaring,” kata seorang saksi iaitu Michael Kienast.

- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Awek Bogel Berjemur Sebabkan Kemalangan"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info