BV

Pelik Dan Menggelikan, Lelaki Bela Lintah Gergasi



MUNGKIN sesetengah orang yang menonton video ini akan menganggap ianya satu perkara menggelikan.
Memang pelik, seorang lelaki telah menjadikan lintah gergasi sebagai haiwan peliharaannya.
Menerusi video ini, lelaki terbabit dilihat sedang memberi haiwan kesayangannya itu menghisap darah di lengannya.
Video : https://youtu.be/37on3wXh8Vg
leech-back
Apa-apa pun, lintah memang digunakan dalam perubatan tradisional sejak dulu lagi.
Darah yang disedut oleh lintah boleh mengelakkan sistem darah dalam badan tersekat serta menyingkirkan darah-darah kotor.
Bagaimanapun kebiasaannya lintah normal yang digunakan untuk tujuan perubatan bersaiz kecil, berbeza dengan yang dipelihara lelaki ini.
Ternyata itu adalah lintah paling besar pernah dilihat!
Menurut sumber, lintah boleh membesar sehingga 16 inci bergantung pada jumlah darah yang dihisap.
– MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Pelik Dan Menggelikan, Lelaki Bela Lintah Gergasi"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info