BV

Kelibat Naga Di Pantai Hiburan

Kelibat Naga Di Pantai Hiburan

Apabila diamati betul-betul pemandangan di Pulau Tioman, ia seolah-olah menyerupai seekor naga yang sempat dirakan Syed Ahmad Fuad menggunakan telefon bimbitnya ketika bersiar di Pantai Hiburan. 

“Pada mulanya saya tak percaya legenda Pulau Tioman yang didakwa terbentuk daripada seekor naga, namun setelah lihat sendiri dengan jelas keadaan bentuk pulau berkenaan ketika sedang bersiar di Pantai Hiburan, saya akui bentuknya memang menyerupai naga,” kata bekas Pegawai Daerah Rompin, Datuk Syed Ahmad Fuad Syed Taha.
Semenjak peristiwa itu, dia kerap bersiar-siar di Pantai Hiburan terutama pada waktu petang dan waktu terbaik untuk mencuba nasib melihat pulau naga itu adalah pada awal pagi atau lewat petang namun, ia bergantung kepada rezeki masing-masing.
“Pantai ini unik dan sememangnya dikunjungi ramai, namun tak mustahil jumlah pelancong akan meningkat lagi setelah mereka mengetahui keistimewaan yang terdapat di sini.
“Selalunya, bentuk naga itu tidak jelas kerana dilindungi awan, namun jika bernasib baik, memang ada masanya kita dapat lihat bentuk naga jika diamati betul-betul,” tambahnya lagi.


- See more at: http://katakcomel.my/kelibat-naga-di-pantai-hiburan/#sthash.deioS9eK.dpuf
0 Komentar untuk "Kelibat Naga Di Pantai Hiburan"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info