BV

Suami Sumbat Bola Golf Dalam Kemaluan Isteri

Seorang suami yang cuba merangsang nafsu isterinya dengan menggesel bola golf pada kemaluan wanita itu membawa padah apabila bola golf tersebut tersangkut dan gagal dikeluarkan sehingga memaksa wanita berkenaan terpaksa dibawa ke hospital.

Sebaik saja bola golf itu tersekat dalam kemaluan isterinya, lelaki itu berusaha mengeluarkannya menggunakan sudu namun tidak berjaya.
Kejadian malang itu berlaku apabila lelaki berkenaan mengajak isterinya melakukan hubungan seks tetapi ditolak kerana keletihan.
Wanita berusia 30-an dan mempunyai beberapa anak itu tidak langsung menyedari perbuatan suaminya sehingga terjaga apabila merasa seperti sesuatu masuk dalam kemaluannya.
Apabila tersedar, wanita berkenaan mendapati suaminya sedang menggunakan sudu untuk mengeluarkan bola golf yang tersangkut dalam kemaluannya.
Pada mulanya wanita berkenaan tidak tahu bola golf ada di dalam kemaluannya kerana suaminya enggan memberitahu sebaliknya mahu membawa isterinya ke hospital.
Suami Sumbat Bola Golf Dalam Kemaluan Isteri

Wanita itu dihantar ke Hospital Putrajaya sebelum doktor mengeluarkan bola berkenaan beberapa minit selepas mendapatkan rawatan di situ.
Wanita berkenaan hanya mengetahui benda yang tersekat itu bola golf selepas doktor berjaya mengeluarkannya. Mangsa yang tidak puas hati dengan kejadian terbabit membuat laporan polis tidak lama selepas itu.
Wanita itu mungkin merujuk kes berkenaan ke jabatan agama untuk tindakan susulan. Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner, Muhd Fuad Talib mengesahkan pihak polis menerima laporan mengenai kejadian itu.
- See more at: katakcomel.my
0 Komentar untuk "Suami Sumbat Bola Golf Dalam Kemaluan Isteri"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info