BV

Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini



DI sebalik pelbagai kontroversi yang dikaitkan dengannya, pelakon dan pelawak popular Zizan Razak akhirnya mendedahkan dia bakal mendirikan rumah tangga pada bulan Jun ini.
Dah tak lama lagi je tu..
Tapi siapa gadis yang berjaya mencuri hati Zizan tu ye?
Oh, rupa-rupanya gadis yang berjaya memenangi hati Zizan itu adalah gadis sekampung dengan pelawak yang berasal dari Kuala Terengganu ini.
Menurut Zizan, bakal isterinya berusia 24 tahun namun dia enggan mendedahkan identiti gadis itu buat masa ini.
Memetik BH Plus, Zizan berkata, “ya, saya akan berkahwin! Gadis pilihan saya berasal dari Kuala Terengganu. Beliau bekerja dan berusia 24 tahun. Namanya, biarlah rahsia dulu.
“Saya bukan muda lagi, usia sudah mencecah 31 tahun. Sudah masanya saya berkahwin dan memiliki anak. Saya bukan mahu melarikan diri daripada kontroversi yang timbul, tetapi berkahwin mungkin dapat mengelakkan fitnah yang bukan-bukan.
“Lagipun, ibu bapa saya sudah berusia, saya mahu mereka tengok say naik pelamin dan sempat bermain dengan cucu-cucu,” katanya.
Menurut pelawak kelahiran program realiti Raja Lawak ini lagi, bakal isterinya merupakan seorang wanita yang tidak perlu bersolek tebal untuk menampakkan kejelitaan semulajadinya.
Sikap gadis itu yang sangat menghormati kedua ibu bapa Zizan turut menambat hati pelakon Cicakman 3 itu untuk menyuntingnya sebagai suri hidup.
Sebelum ini, Zizan pernah dikaitkan dengan beberapa artis cantik antaranya Juliana Evans, Leez Rosli dan Emma Maembong. – MYNEWSHUB.CC
0 Komentar untuk "Zizan Razak Dedah Bakal Kahwin Gadis Sekampung Jun Ini"

 
Copyright © 2014 MamarazziNews - All Rights Reserved
Template By Catatan Info